You've strumbled to my wishland. you can wish anything here+Follow me or go Home ?
//Setia Hujung Nyawa
Author Story Linkies Credits



Gratisan Musik
Raya with love :*
Saturday, 21 September 2013 | 00:04 | 0 comments


Holla! Meet me again. Muahaha. Berapa banyak post laa zana nak post ni en? Hahaha. Lek ah. Ada lagi banyak ni nak post xD Baca tau! Jangan tak baca pulak! Penat ni naa typing :p ahaha. Kdah diam. Sekarang zana nak cerita pasal raya ni :3

Okay, cerita dia macamni. Ada satu harini. Fiq cakap dekat zana yang dia nakgi open house. So, naa taknak ah kacau en. Pastuh tetiba fiq cakap kat naa yang dia nakgi alam. Zana pun bengang ah kan. Yelah sape tak bengang duh. Kata nakgi beraya pastu tetiba cakap tengah otw nakgi alam pulak. Perghh nyirap nya aii..

Pastuh nak ajak naa gi alam sekali. Memang tak ah duh. Mengejut pulak tuh. Ugh. Sakit pulak hati kita. Zana tak layan langsung text fiq time tuh. Dia call pastu first tuh naa matikan. Second call pulak nak tak pick up. Third call baru naa angkat. Tapi tuh pun marah marah. Masatuh fiq cakap fiq dah ada dekat petronas presint 9. Hmm TvT

Terkejut sumpah terkejut. Yelah. Tetiba ada dekat area rumah zana ni.. Berapa minit lepastuh bella call suruh gi amik fadz and fiq dekat petro. Zana tanya ah kenapa en pastuh dia cakap bawak dorang datang rumah dia. Naa tanya lagi kenapa pastuh bella kata bawak je dorang beraya kat rumah dia. Hm TvT

Zana pun dengan nak cepat pakai jelaa baju pape en hm hm. Lepas amik dorang, kitorang jalan kaki sama-sama sampai rumah bella. Dah sampai bella cakap suruh fadz and fiq acacah jadi classmate kitorang bila mama bella tanya xD Yang tak boleh blahnya bila mak bella tanya dorang stay mana. Fadz pegi  gelak. Pastuh fiq yang action lebih ni pun cakap ah "Dekat area sini sini gak ah." dengan gaya tangannya lagi. Acacah je hahaha.

Pastuh that moment when mak bella panggil fiq 'Firdaus' kitorang semua dah "Haa? Firdaus?" Hahahaha bella dah "Qayyum la mama!" xD semua gelak time tuh. Hahaha. Pun boleh lah firdaus :p Hm, bosan duduk rumah so kitorang pun mintak izin parents bella kata nakgi jalan jalan jap.

Ouh, yeah. Lupaa nak cakap. Sebelum tuh fiq gaduh ngan naa /_\  nak tahu sebab apa? Hm.. Sebab masa naa tertumpahkan air , naa pegi ah ambik kain lap. Phone, zana tinggal je dekat sofa. Pastuh bila datang balik naa tengok fiq tengah pegang phone zana. Masa zana tarik phone tuh balik, zana tengok laa apa yang dia tengok. Rupanya dia tengok memo naa huwa huwa.

Fiq merajuk dengaan naa sebab dalam memo naa still ada benda benda pasal past naa. Hmmmmm. Seriously lupa nak delete duhh. Fiq marah gila sampai dia keluar dari rumah bella. Hm hm /_\ masa kitorang nak keluar gi jalan jalan tuh naa pegi cari fiq. Tapi tak jumpa. Naa ingat fiq dah balik T.T Naa call lah dia. Fiq pick up. Pastuh naa suruh dia datang dekat naa tapi takda pun T.T

Zana pun jalan jelaa dengan rasa serba salahnya. Tetiba dengar  bunyi tapak kaki dekat belakang naa. Zana tak tengok pun sebab zana tahu mesti fiq. And yup. Memang fiq pun :'* Dia still marah.. Tapi lepas jalan punya jalan. Terserempak lak dengan bella and fadz xD Lepak ah sekali. Sampai maghrib weh :3 hikhik. Lepas maghrib baru datang balik ke rumah bella sebab nak salam pe semua. Then, time balik tuh hujan wehhh. Gerimis jelaa. Takda lebat mana. Mula-mula bapak bella nak hantar kitorang balik tapi gila kepe?! Hahahaha. Kang kantoi. Nak hantar fadz ngan fiq gi ano? Rumah dorang en kat sepang xD

Naa hantar dorang sampai petro tempat dorang park motor dorang :3 Masa otw jalan tuh fadz ada kata "Tung ah kan jalan hujan hujan dengan bf.. Sweet" Hahahaha. Lololo. Jealous lettuw. Engkau ado? :p Kahkah. Klah guys. Banyak pulak cerita. Entah perenggan yang ke berapa dah ntah ni. Kbye, see you next post! xoxo
15 August 2013 ((Khamis))
Monday, 16 September 2013 | 03:20 | 0 comments


Hi hi. Assalamualaikum eveliwan :* Harini zana nak cerita pasal kali ketiga naa jumpa fiq. So, enjoy ;)

Okay, cerita dia macamni. Like always kitorang jumpa dekat alamanda. Dari pagi sampai hampir nak midnight. Masatuh kitorang, means zana dengan fiq dua duaa bawak adik masing masing. Fiq bawak adik dia haikal. Zana bawak adik zana wan. Cuma adik fiq jalan dengan kawan kawan dia yang lain. Adik naa pulak ikut je kitorang. Haihhh.

Kitorang gi tengok wayang. Cerita apa eh? Ouh, yeahh. Cerita Percy Jackson. Ni kali pertama naa tengok wayang dengan fiq :* hihi. Fiq sweet. Sangat-sangat. Malangnya naa tertidur masa tengok wayang xD ingat cerita tuh best tau. Rupanya takda ah best mana. Dah ah 3D. Buang duit je tengok. Lol. Whatever la.

Lepas habis tengok wayang, kitorang gi makan. Makan dekat Black Canyon je yang mampu. Aha. Masatuh naa dengan fiq gaduh /_\ dah ah malas nak cerita pasal gaduh gaduh ni. Benda
kecik je pun. Naa yang salah. Kdah diam. Hahahahaha. Diammah.

Lepas makan kitorang gi jalan jalan. Masa tuh dah halau wan dah. Hahaha. Semak je. Orang nak dating pun payah :p Lol. Then, kitorang gi.. ah ada ah. Tempat date kitorang. Mana boleh
bagitahu. Rahsia. Nanti korang tiru. Biarlah tempat tuh jadi tempat kitorang. Eceh. Hahahaha. had a craziest day ever! Hm hm :'3

Dating sampai tak ingat nak balik. Time nak balik. Mummy dah called bebel bebel pe semua. Cuak sia /_\ hahaha. Dah nak midnight kot time tuh. Masa nak balik fiq sempat bagi zana present. Hiks. Fiq bagi naa bear. Zana panggil dia yumeow. Nak tengok? Nahh :3


Comel tak? Comel en? Tahu dah. Pandai pandai ah rotate kepala sendiri xD Yumeow ni naa akan peluk setiap kali nak tidur. Kalau takda, zana takleh tidur. Huhuhu. Klah, gedik pulak. Haha. Loveyou, fiq :* thanks for the gift :'3 hm, klah. Thanks sudi baca guys. See you next post. Xoxo

Second met :'3
| 01:07 | 0 comments



Hi, eveliwan :* Meet me again. With a new post. And yang paling penting nak cerita pasal buah hati kesayangan naa lagi. Hikhik. Jangan tak baca tau! Kau mesti and wajib baca benda ni. Sebab zana nak bagi korang jealous. Muahahaha. Iloveyou, fiq. Eh, tetiba :p Lalalala. Okay terus ke cerita eh?  Dah jangan nak menyalak. Lol

Tengok topik kita harini? Second met. So, yupp. Second met. Second met zana dengan fiq yang gedik lagi manja nak mampus ni haa :* Haha. Masa ni kitorang jumpa sebab kebetulan masa tuh budak-budak kelas zana ajak keluar bukak puasa sesama. So, naa ajak ah fiq sekali. Hikhik. Alah, tak salahkan? :p

Kitorang berbuka dekat alamanda gak. Dekat sebelah kanan coolblog tuh haa kan ada cam meja meja kosong en so kitorang duk je ah kat situ. Sementara tunggu bukak puasa, naa ngan fiq gi ah jejalan jap en. Masa tuh fiq tak pakai tongkat dah. Dia dah boleh jalan cuma agak ah terabur sikit jalannya. Haha. Ouh, ye. Fiq bawak adik dia gak masa tuh. Haikal :3 huwa huwa. Baru second met dah jumpa adik ipar gi ano? Lol :p Tapi haikal masa tuh pandai pandai hidup ah kan. Dia bukannya lepak dengan kitorang pun xD

K. Dah. Sambung balik yang jalan jalan tadi. Lepas dah penat jalan, kitorang pun balik ah ke meja. Masa nak dekat azan tuh baru bincang nak makan apa xD teruk kan? Haha. But then kitorang pegi apa tuh namanya tuh.. Burger King. Haa :p Time tuh zana puasa okay. Haha. Lapar bakhang. Dah azan tapi tak makan lagi sebab masih dekat line nak order makanan /_\ Fiq pulak dah letak dagu kat bahu zana dah. Hikhik. Dia comel :* iloveyou, fiq. Kdah xD hahahaha.

Lepas habis order pe semua kitorang pegi ah kat meja tempat dak dak kelas naa lepak. Sampai sampai je dorang semua tengah smoke. Perghh. Semua pinggan dah licin. Yang kitorang makan pun tak lagi haha. Sedih zzz. Makan sikit tak tunggu. Masa kitorang  nak makan semua nak blah dah. Haha. Lagi sedih. Lol. Makan punya makan. Sampai lah habis.

Lepas dah habis makan. Kitorang nakgi tengok wayang. Tapi sebab ada masalah sikit so tak jadi. Kitorang pergi lepak. Kat mana tuh korang takyah lah tahu. Yang penting masatuh sumpah the sweetiest moment ever! Kitorang makan ice-cream sama-sama, dance sama-sama, main kejar kejar lagi hikhik pastu dengan fiq nak piggyback lagi tapi naa taknak. Takut. Hahaha. Macam macam ah kitorang buat. Omaigod. I really miss that moment /_\ if only time could just turn back. Hm.

Lepastuh time nak balik likee always laa zana buat perangai. Rasa cam taknak balik. Alah itu lumrah lettuw. Jarang jumpa la katako :p hikhik. Klah guys. Itu je naa nak cerita. Thanks for reading. Loveyou xoxo
First Met :'*
| 00:22 | 0 comments



Holla eveliwan! :* Assalamualikum semuaaa. Long time no see meh :'3 Aaaaaaaaaaaaaaaaaargh. K shut up Naa. Hahaha. Nak tahu tak asal zana happy gila? Sebab.. sebab.. sebab zana happy la xD hm. Takda aa gurau :p Zana happy sangat sebab dalam seminggu zana dapat jumpa fiq dalam masa dua kali! Ceh, dua kali jee pun bangga. Yelah. Siapa tak bangga weh? Kitorang kan long distance relationship. So, dapat jumpa pun biasanya seminggu sekali. Tuh pun not sure. Hm.

Eh, apa tetiba sedih ni? Haha. Chill ah duh. Orang nak happy happy ni :'p Eh, dahlaa weh. Malas nak bagi ayat pendahuluan panjang sangat. So, zana terus masuk ke point nya laa ye. Hihi. K, camni. Zana nak cerita pasal first met zana dengan fiq ni haa. Nak tahu bila? 12 Julai 2013 ((Jumaat)) dari pukul 6 petang sampai pukul 10 malam. Masa tuh bukak puasa. First time jumpa of course la segan en? Dengan fiq nya yang patah kaki baru baik dari accident. Siap bertongkat laginya. Haha :p Dah ah jalan tak betul. Lol, mengutuk pulak kau naa xD

Masa first time bertegur tuh. Fiq cakap dengan zana. "Awkward gila." Haha. I still remember this. Tengok muka fiq time tuh pun tahu yang fiq malu gila nak mampus. Muka macam ayam berak kapur je. Tapi don't worry. Tetap comel :* Hahahaha. Laagi satu nak tahu tak, first time jumpa lagi zana dah dapat present daripada fiq. Hiks. Fiq bagi naa tudung. Tudung tuh dia letak dalam beg bentuk heart. And dekat beg tuh ada tulis "Be my valentine" :'3 terharu sia. Seriously. Tak sangka baru first time jumpa dah dapat present ni :'* hm. Thanks fiq. iloveyouuuuusomuch :'*

Okay, back to the story. Kitorang nak pegi berbuka dekat mana pun tak tahu masa tuh. Sebab masing masing kriik krik. Kitorang lepak dekat coolblog dulu sementara nak tunggu azan. Dah azan nanti baru cari tempat makan. Oh, ye. Lupa nak cakap yang kitorang berbuka dekat alamandos :p Time dah azan. Fiq pegi berbuka dengan coolblog je. Zana tak minum pun. Masa tuh zana mana puasa. So, orang yang puasa di dahulukan. Haha. Lol.

Bila dah berbuka dengan air mesti ah nak melantak nasi pulak kan? Muahaha. Dah penat fikir kat mana nak makan. Akhirnya kitorang makan kat Black Canyon sebelah coolblog tuh je xD Makan kat tempat yang tersorok sikit ah sebab nak sweet sweet kan? Nanti orang pandang pelik pulak :p Makanan pe semua fiq jelah yang order. Naa tak order. Dah kenyang makan kat rumah. Hahaha. Tapi time fiq makan nasi goreng yang dia order tuh dia suapkan zana sekali. Hihi. Dia suapkan udang. Then, naa ambil ah sudu dia and suap dia balik :* Kitorng sweet. Tahu dah. Even baru first met. Muahaha. Kau ado? Lalala.

Lepas makan kitorang ingat nakgi tengok wayang tapi hari pun dah lewat so kitorang tak jadi pegilaa. Kitorang jalan jalan je keliling alamando tuh :p Time nak balik seriously rasa taknak balik hm hm. Rasa macam nak stay lama sikit. Tak puas weh :'3
Hm, klah guys. Tuh je zana nak cerita pasal first met naa dengan fiq :'* thanks sudi baca. Loveyou xoxo.
El Oo Viii Eee ♡
Thursday, 5 September 2013 | 04:18 | 0 comments





Holla! Assalamualaikum you all. Hikhik :3 Pak rindu weeeeeeeh! Lama gila tak memblog en? Lama tak share rahsia ngan korang. Lol. So, korang apa khabar? Sihat? Naa sihat je :3 Hope korang pun sama. Hm, okay harini zana nak cerita pasal buah hati kesayangan zana yang sorang ni. Nah, tengok ah gambar dia :*



Okay, ni dia. My boy. My lovely boy :* Muhammad Qayyum Afiq bin Mustafakamal. Sekolah dekat Smkbbst, Sepang :3 Agak ah jauh gak kan dari putra? Hmm :'3 Long distance relationship lah katako :') Sayang dia sangat-sangat weh. Harap boleh kekal dengan dia sampai kahwin dan ke anak cucu laa! Hiks :'3 Dia ni sweet tau. Susah nak dapat laki macam dia ni. And yupp, i'm the lucky one heho :p Korang semua boleh panggil dia yum. Kalau zana, zana panggil dia Fiq je. Zana sorang je boleh k! Yang lain tak boleh! *jeling* Kengkadang mamat ni bajet aw. Haha, fact. Tapi sehari kalau tak bajet dengan zana memang rindu ah zana di buatnya :'p Dahlaa kerjanya tiduuuuuuuuuuuuur je xD Takpelah, yang penting iloveyou, youloveme. Kan sayang kan? Hahahahaha. Eh, jap. Haa tengok ni pulak..




Tenene :3 Hikhik. Ni gambar kitorang harituh. Comel tak? Comel tak? Apa? Comel? Tahu dah xD lol. Time ni 15/08/13 ((khamis)) kat Alamanda :3 Spending 11 hours with maa boy yang dedik ni :* Sumpah best. Rindu gila duh :( Baru je jumpa, malam tuh rindu dah, Standard ah hahahaha. Hm, apa lagi nak cerita eh? Hmmmmmmmmmmmmmm.. Ouh ye! Nak tahu tak.. Nak tahu tak.. :p Semalam monthsarry kitorang. 04/09/13. Hiks. Baru 2 bulan. So takyah nak kecoh kecoh.. Tapi yang penting sebelum monthsarry memang banyak gila dugaan. Asyik gaduh je memanjang. Nasib laa my boy ni tak ego and selalu mengalah dengan aii xD Tahulah zana gedik and manja terlebih. Alah, perkara biasa lettuw nak manja manja dengan buah hati en? Hikhikhik. Harituh en hari isnin baru baru ni 2 haribulan laa kan fiq datang putra! Dia buat suprise. Terkejut gila weh tetiba dia called and cakap dia dah ada dekat bus stop and suruh zana keluar cepat. Mmm :'3 mula-mula agak laa rasa nak marah sikit. Yelah, datang tak bagitahu. Pastuh, dahlaa datang hari sekolah. Zana pun baru je balik sekolah harituh. Belum pun sempat mandi dah kena keluar balik jumpa dia. Lepas tuh dia yang dedik ni ajak zana gi coolblog lew pulak haa.. Nak buat cemana? Ikut jelaa. Lagipun dia mana tahu nak naik bas apa :p 

Time dah naik dalam bas en, kat luar hujan. So, tingkap bas pun agak ah blur sikit sampai tak perasan yang kitorang dah terlajak tempat yang nak di tuju xD lol. Fiq ah ni bukan nak tekan loceng ke suh berhenti ke! :p Hahahaha. Actually, my fault. Dia kan tak tahu kat mana.. mm. Ah, whateva la. Pastuh en, time turun dari bas, hujan lebat gila weh. Habis basah kitorang. Tapi sweet ah. Berlari dalam hujan dengan kesayangan x'D kau adoo? Takdo en? kahkahkah. Habis basah kuyup weh time tuh. Mm, sampai je kat coolblog, fiq pun pegi laa beli coolblog. Satu lagi malang kena bila kakak yang buat coolblog tuh salah buat coolblog yang kitorang nak. Kitorang nak lain tapi dia pegi buat lain. Zana nak chocolate vanilla. Tapi dia pegi buat chocolate oreo. Rasa dia agak ah pergh tapi dap ah gak :p Tak kesahlaa asalkan ada kan? Thanks sayang belanja :* 

Masa nak balik pulak singgah pegi makan jap. Pastuh, kitorang balik jalan kaki dari coolblog sampai rumah zana. Penat ah jugak tapi alasan nak jalan kaki yang fiq bagi is dia kata boleh spend time lagi lama. Kalau naik bas kejap je. Hahahaha. Amenda la dia ni. Mm, tapi best ah. Tak boleh lupa that moment. Rindu rinduu rinduuuu. Hm, harap fiq buat suprise lagi x'D hehe. Guwauu je :p

Hm, okaylah guys. Rasanya cukup sampai sini je zana story mory dekat korang. Dah nak maghrib ni. Zana nak makan jap. Then nak online twiderk :3 Thanks sudi singgah and baca! Loveyaa xoxo
Give him a chance to love you :')
Friday, 5 July 2013 | 05:50 | 0 comments




Holla blogger! Assalamualaikum xx. Long time no see mehh. So how you guys? Sihat? Zana tak sihat laa. Batuk-batuk and sakit tekak :( hm hm. Tapi zana ada lot of story nak share ni. Tuh yang memblog jugak ni. Heho :3 Okay, firstly zana nak cerita pasal crush zana. Hm, sebenarnya en........ zana dah tak crush on him lagi dah. Lama dah cuba lupakan dia. Payah tuh of course laa. Tapi, at last zana boleh jugak lupakan dia dengan hadirnya prince charming zana si ajet ajet sweet ni. Nama dia tenenene.... Nama dia Muhammad Qayyum Afiq bin Mustafakamal :* tapi ilek luu. Cerita pasal dia kejap lagi. Sekarang ni continue about my ex-crush story dulu. 

Hm, korang nak tahu tak... Harini jaa rasanya lebih 5kali zana jumpa dengan ex-crush ni. Dahell siaa. Serious tak suka doh. Makin nak lupakan dia, makin selalu pulak terserempak ni T.T haihhh. Tapi everytime terserempak, bella automatically akan tutup mata zana and said "Don't look zana... Ingat qayyum, qayyum, qayyum.." Ahaha :'3 comel jaa bella ni en? Bila bella dah start cakap centu, zana faham dah :) Zana tak tengok pun. Zana just... "Afiq, afiq, afiq.." Hahaha. Apakau? Aku sorang je yang boleh panggil centu k *jeling maut* harharhar :B okay, sambung. Zana just nak cakap yang zana benci dia (ex-crush). Cukuplaa apa yang zana rasa selama ni :') tahan sakit hati cambodo sedangkan dia sibuk duk layan perempuan lain. Hahaha. Stupid right? Lepastuh selalunya zana je  yang mengalah dan minta maaf sedangkan bukan salah zana pun. But now, not anymore k. Zana dah taknak ambil tahu pasal dia lagi dah. Dia nak buat apa, lantak dia laa. I'm happy with my own life now dear sweet talker :) kau boleh teruskan perangai annoying kau yang ego and whateva semua tuh dekat perempuan lain and wish ada someone yang tahan dengan perangai kau yang macamtuh :) Okay, tuh jelaaa pasal dia. Malas nak cerita panjang-panjang. Buat semak jaa. Lol #kejam



Okay, sekarang nak cerita pasal my ajet ajet sweet ni pulak. Hahaha. Muhammad Qayyum Afiq bin Mustafakamal. Dia sweet. Jujur and banyak lagi ah. Kalau nak cerita cemana kita kenal memang panjang laa en tapi serious comel. Dengan ayat-ayat sok menggoda dia tuh lagi. Auwww, hahaha :* Hm, ekceli kan guys. Sampai sekarang zana rasa bersalah sebab zana rasa zana dah rampas dia dari someone. Hm, bukan zana minta pun semua jadi ceni. Zana pun tak sangka akan jadi ceni. That moment when dia mengaku yang dia had crush on zana and i was like .______. yelah. Siapa tak terkama doh? Zana tak kenal pun dia siapa. Zana kenal pun sebab dia budak sepang. Alah, yang harituh zana cerita tuh. Ingat tak? Alah, adalah en. Mula-mula zana taknak terima dia sebab zana ingat dia still dengan awek dia. Rupanya dorang dah.... em. Idk why. Bila bella cerita semua pasal afiq dekat zana. Zana rasa macam hmm, shouldi give him a chance? Setiap hari bella cakap dekat zana, "Zana, just give him a chance. Aku rasa dia betul-betul suka dekat kau. Dia sweet bongok. Tengoklah dia dah luahkan semuanya dekat aku. Apa lagi yang kau nak? Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang dia takda, crush kau ada haa? Just forget your crush zana. Jangan sia-siakan apa yang ada depan mata. Sampai bila kau nak tunggu crush kau?" Hmm :') Ayat bella yang ni laa yang buat zana think positive and bagi dia peluang. Sampailaa 4th July 2013 at 11:59p.m. dia jadi milik zana. Heee :'* Zana sayang dia. Zana janji dengan diri zana yang zana takkan buat dia kecewa dengan zana. Zana nak dia jadi milik zana selama-lamanya. Macam lagu kita kan sayaang? 'I wanna grow old with you' :') 

For my boy, fiq. Aku sayang kau bongok. Jangan buat aku broken heart tau. Aku nak kau jaga aku elok-elok. Jangan buat aku sakit hati. Janji tauuuu. Hm, haha. Hope that i can make you forget about your past sayang :') kita akan happy together gether. Trust me. Kepercayaan tuh penting dalam sesebuah hubungan. eceh ;'3 poyo betul. Haha. Klah. Penat typing. Lol, tuh jaa nak cerita for today. Hope korang enjoy reading. Okaylah. bye, xoxo. Loveyouyuyumfikk :*